Saturday, December 25, 2010

Hadis Rasulullah

BERSABDA RASULULLAH S.A.W. ADAKAH KAMU TAHU BAHAWA KEKUATAN ITU ADA PADA MEMANAH

Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: Aku adalah seorang pemanah. Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:

Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganyadan melatih memanah dengan busar dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan(semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya.

http://amarald.com/horseback_archery.html
 

Diriwayatkan dari Rasullullah S.A.W. adalah baginda melihat seorang lelaki dari sahabat baginda yang dipanggil dengan gelaran Habib, badannya kurus dan ia pernah menjadi seorang pemanah. Maka bersabda baginda kepadanya, "Apa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?". Dijawab oleh lelaki yang berada di samping Habib, "dia telah meninggalkan memanah dan kini menumpukan kepada beribadat". Maka sabda Rasulullah S.A.W.:

Demi Allah, yang mengutuskan aku dengan kebenaran, kerjamu sekarang ini(beribadat ) tidaklah lebih utama dari kerjamu yang engkau telah tinggalkan itu(memanah). Oleh itu Habib kembalilah memanah.

Diriwayatkan dari mereka yang dipercayai bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda:

Sesiapa yang memanah satu anak panah dalam perang sabilillah, sama ada kena pada musuh atau tidak, adalah baginya satu martabat di sisi Tuhannya.

Dari sabda Nabi S.A.W.:

Sesungguhnya malaikat tidak akan hadir dalam permainan kamu yang sia-sia kecuali perlumbaan(pacuan) dan permainan senjata. Serta bersabda Nabi S.A.W.: "Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu(jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga."

Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakhael, sesungguhnya ia telah berkata:

Busar panah yang ada di rumah merupakan sokongan dalam mengerjakan sembahyang.

Telah bersabda Nabi S.A.W.:

Memanahlah kamu wahai Bani Ismail, sesungguhnya datuk moyang kamu adalah ahli-ahli pemanah.

Bersabda Nabi S.A.W. ketika dalam peperangan Uhud:

Panahlah olehmu wahai Saad(Saad bin Abi Waqas), aku pertaruhkan bapa dan ibuku ditanganmu. 
(Dipetik daripada http://rahmaths.tripod.com/hadis.html)

Wednesday, December 22, 2010

Sejarah dan Latar Belakang Sukan Memanah

Apabila anda mula memegang panah dan melepaskan anak panah yang pertama sebenarnya anda telah melakukan satu acara yang telah pun bermula sejak 20,000 tahun yang lalu.
Para pengkaji sejarah mula dapat mengesan aktiviti memanah apabila menjumpai satu bukti lukisan yang terdapat di gua-gua lama di Sepanyol. Lukisan ini dilukis kira-kira 8,000 tahun sebelum masehi.
Pada masa itu, aktiviti memanah digunakan untuk tujuan mencari bahan-bahan makanan.
Pada zaman Mesir kuno kira-kira 3500 tahun masehi yang lalu panah digunakan sebagai senjata dalam peperangan. Ukuran alat pada zaman itu hampir tinggi dengan saiz fizikal mereka. Manakala anak panah diperbuat daripada batu dan tembaga.
Orang-orang Tartar telah mencipta alat memanah yang diperbuat daripada kulit, tanduk dan kayu yang telah dibengkokkan kira-kira di sekitar 1800 tahun sebelum masehi. Alatan memanah dibuat agak pendek jika dibandingkan pada zaman Mesir kuno. Orang-orang Tartar juga dikenali sebagai pahlawan yang terulung pada zaman itu.

https://jspivey.wikispaces.com/Jennifer+and+Lynn
Panah terus menjadi senjata dalam peperangan pada zaman kerajaan Rom dan kerajaan Mongolia di sekitar abad ke-11. Penggunaan panah sebagai senjata mula berkurangan pada abad ke-16 dengan terhasilnya bahan-bahan senjata api.
Memanah mula berkembang sebagai salah satu aktiviti sukan di England di sekitar abad ke-16 apabila Rja Hendry VIII mengarahkan Sir Christopher Morris menubuhkan kelab memanah dalam tahun 1537. Pertandingan memanah yang pertama mula diadakan pada tahun 1673 di Yorkshire untuk lelaki dan pertandingan yang pertama untuk wanita bermula pada tahun 1787.

http://michellemoran.blogspot.com/2008_04_13_archive.html
Di benua Amerika Utara kelab memanah pertama mula ditubuhkan pada tahun 1828 yang dikenali dengan nama United Bowman of Philadelphia.
Memanah mula dimasukkan dalam acara sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris, tahun 1904 di Saint Louis dan tahun 1920 di Belgium. Selepas tahun itu, sukan memanah tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik kerana tidak ada satu peraturan yang tetap mengenai pertandingan sehingga The Federation International de tir a l'arc (FITA) menggubal undang-undang pertandingan. Sukan memanah dimasukkan kembali dalam acara Sukan Olimpik pada tahun 1972 di Munich.
FITA ditubuhkan pada tahun 1931 bertujuan untuk mempopular dan menggalakkan sukan memanah di seluruh dunia. FITA juga dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan memanah peringkat antarabangsa dan dunia dan juga sebagai badan yang menjaga dan mengiktiraf segala rekod dunia dalam sukan memanah.
Di Malaysia sukan memanah adalah di bawah kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Di peringkat sekolah sukan memanah adalah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Pada tahun 1996 buat pertama kalinya sukan memanah dipertandingkan di peringkat MSSM. Dengan adanya kejohanan memanah seumpama ini, diharapkan penglibatan para pelajar dalam sukan ini akan dapat diperluas untuk mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewakili negara di peringkat yang lebih tinggi.
(Dipetik daripada Panduan Pelaksanaan Kokurikulum:Kelab Memanah, JPN Perak)


Monday, December 20, 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog Sukan Memanah (http://memanahpfs.blogspot.com). Blog ini dibina untuk memberi panduan dan pendedahan tentang kemahiran asas sukan memanah kepada para pencinta sukan ini dalam Bahasa Malaysia.

Kejohanan Memanah Terbuka Lawas 1996

Sebarang komen dan cadangan amat saya mengalu-alukan. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memasyhurkan lagi sukan memanah di bumi Malaysia.