Saturday, December 25, 2010

Hadis Rasulullah

BERSABDA RASULULLAH S.A.W. ADAKAH KAMU TAHU BAHAWA KEKUATAN ITU ADA PADA MEMANAH

Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: Aku adalah seorang pemanah. Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:

Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganyadan melatih memanah dengan busar dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan(semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya.

http://amarald.com/horseback_archery.html
 

Diriwayatkan dari Rasullullah S.A.W. adalah baginda melihat seorang lelaki dari sahabat baginda yang dipanggil dengan gelaran Habib, badannya kurus dan ia pernah menjadi seorang pemanah. Maka bersabda baginda kepadanya, "Apa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?". Dijawab oleh lelaki yang berada di samping Habib, "dia telah meninggalkan memanah dan kini menumpukan kepada beribadat". Maka sabda Rasulullah S.A.W.:

Demi Allah, yang mengutuskan aku dengan kebenaran, kerjamu sekarang ini(beribadat ) tidaklah lebih utama dari kerjamu yang engkau telah tinggalkan itu(memanah). Oleh itu Habib kembalilah memanah.

Diriwayatkan dari mereka yang dipercayai bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda:

Sesiapa yang memanah satu anak panah dalam perang sabilillah, sama ada kena pada musuh atau tidak, adalah baginya satu martabat di sisi Tuhannya.

Dari sabda Nabi S.A.W.:

Sesungguhnya malaikat tidak akan hadir dalam permainan kamu yang sia-sia kecuali perlumbaan(pacuan) dan permainan senjata. Serta bersabda Nabi S.A.W.: "Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu(jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga."

Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakhael, sesungguhnya ia telah berkata:

Busar panah yang ada di rumah merupakan sokongan dalam mengerjakan sembahyang.

Telah bersabda Nabi S.A.W.:

Memanahlah kamu wahai Bani Ismail, sesungguhnya datuk moyang kamu adalah ahli-ahli pemanah.

Bersabda Nabi S.A.W. ketika dalam peperangan Uhud:

Panahlah olehmu wahai Saad(Saad bin Abi Waqas), aku pertaruhkan bapa dan ibuku ditanganmu. 
(Dipetik daripada http://rahmaths.tripod.com/hadis.html)

2 comments:

  1. Salam,
    Ana terjumpa blog ni dan tertarik akan entri yang ni. Mohon copy hadis mengenai sukan memanah ni ya
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam, saya nak tanya, mana sumber bg dalil2 ini ye? ke main ceduk je?jzkk

    ReplyDelete